seismik

"Bukan Masalah Kita" - Pelanggan Jumpa Mata Kail Dalam Kari, Restoran Hanya Refund 60 Sen

"Salah supplier" - Pengurus kedai.

Cover image via Lemon Muii

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Jika kita makan di luar, sudah tentu kita pilih restoran yang menjaga kebersihan betul tak?

Hal ini penting kerana kebersihan makanan itu menjamin kepada kesihatan tubuh badan. Makanan yang bersih dan terjaga tidak akan mengakibatkan seseorang itu mengalami keracunan makanan. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah gambar yang menunjukkan seorang wanita terjumpa mata kail di dalam lauknya telah mencuri tumpuan. 

Lihat gambar berkenaan di bawah: 

Image via Lemon Muii

Terjumpa mata kail dalam kari ikan, nasib baik tak termakan sekali

Menerusi laporan daripada Sin Chew, seorang wanita dan keluarganya makan malam di sebuah restoran di KL.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila mereka sekeluarga terjumpa mata kail di dalam lauk kari kepala ikan yang dipesan. Mujur, mereka semua perasan dan tidak termakan mata kail yang berbahaya itu.

Apabila dilaporkan kepada pihak pengurus, seorang waiter mengatakan itu merupakan silap pekerja dapur. Namun, pengurus pula menyalahkan pihak pengedar. Walau bagaimanapun, pengurus meminta maaf dan memberikan diskaun sebanyak 60 sen kepada mereka.

“Mula-mula kata salah pekerja dapur, lepas tu kata salah pengedar pula. Nasib ayah saya tak tercekik makan mata kail tu, tapi macam mana kalau hidangkan kat pelanggan lain lepas ni?”

Image via Lemon Muii

Bahaya betul, korang better check dulu lauk tu kalau makan dekat luar!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: