seismik

[VIDEO] Tak Pandai Baca, Nenek Bersungguh Belajar Mengeja Ini Buat Ramai Tersentuh

Tekun nenek tu belajar!

Cover image via @itsaizajustmint (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Zaman dulu, tidak dinafikan bukan semua orang mempunyai peluang untuk pergi ke sekolah

Ada yang tidak dapat pergi ke sekolah untuk belajar kerana banyak faktor seperti keluarga, politik, kewangan, tempat tinggal dan lain-lain. Sebab itu, terdapat warga emas di Malaysia yang memang tidak celik membaca.

Namun, itu tidak mematahkan semangat seorang nenek yang belajar mengeja pada usia tua. Video kegigihannya belajar telah mendapat tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@itsaizajustmint

School time with Grandma at home. I know my Tok would’ve love learning at school #grandmasoftiktok #learningisfun

New Home - Frozen Silence

Tidak kenal erti putus asa, tetap semangat belajar mengeja

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang nenek sedang belajar bersama cucu gadisnya di dalam bilik. 

Apa yang lebih mencuit hati netizen adalah apabila nenek itu dilihat sangat gigih dan tekun belajar mengeja. Difahamkan, neneknya berhenti belajar atas sebab tertentu pada usia muda dulu. 

Namun begitu, neneknya itu tidak pernah putus asa semasa spelling session bersama cucunya. Dia dilihat mencatat semua perkataan yang telah dieja dan dibaca berulang kali. Cucunya itu juga sangat sabar mengajar neneknya mengeja. 

"Akhirnya boleh jugak bagi alasan kat cikgu tak bawak buku" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 201K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memuji kegigihan nenek itu. Malah, ramai juga yang memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comelnya nenek tu, tersentuh pula tengok dia mengeja satu-satu. Don't give up nenek!

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: