Jerebu Kembali Teruk Di Malaysia, Banyak Kawasan Catau IPU Tidak Sihat Seluruh Negara

Lembah Klang dan kawasan sekitar turut merekodkan bacaan tidak sihat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Awani & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jerebu kini kembali kepada tahap tidak sihat selepas beberapa hari rakyat Malaysia merasai udara yang sedikit baik

Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) telah menunjukkan 33 stesen pemantauan udara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 2 hari ini.

IPU untuk Serian, Sarawak terus mencatatkan bacaan tertinggi negara iaitu IPU 174.

Peningkatan ini turut dikesan di Semenanjung apabila Nilai, Negeri Sembilan, Bandaraya Melaka, Larkin, dan Pasir Gudang di Johor merekodkan IPU 172.

SAYS.com
Image via NSTP

Lembah Klang dan kawasan sekitar turut merekodkan bacaan tahap tidak sihat

Penduduk di Lembah Klang dan kawasan berdekatan juga merasai peningkatan IPU dimana kualiti udara dirasai lebih teruk dan jarak penglihatan juga semakin dekat akibat jerebu.

Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan 161, Shah Alam (156), Klang (153), Banting (150), Petaling Jaya (116) dan Kuala Selangor (109).

Cheras di Kuala Lumpur dengan 158, Putrajaya dengan 154 dan Rompin, Pahang dengan 152 bacaan.

SAYS.com
Image via TikTok

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa bimbang dengan keadaan semasa yang dijangka semakin pulih tetapi menjadi teruk semula.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengehadkan aktiviti luar, menutup tingkap rumah dan memakai pelitup muka N95.

Untuk makluman, IPU 101 hingga 200 adalah tidak sihat, 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas adalah berbahaya.

Kemaskini bacaan IPU boleh didapati di laman rasmi APIMS.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: