Isu Pelantikan Shahrol Shiro Jadi Tenaga Pengajar, Ini Penjelasan Rasmi Pihak UKM
Difahamkan, lantikan ini berdasarkan pengalaman Shahrol dalam industri seni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai pengumuman pelantikan Shahrol Shiro sebagai pengajar sambilan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
UKM telah mengesahkan pelantikan pelawak dan pelakon, Shahrol Azizie Azmi atau Shahrol Shiro bagi Kursus Citra Universiti di Fakulti Pengajian Sains Citra (FPSC).
Pelantikan ini adalah khas untuk mengedalikan Kelas Seni Lakon yang menumpukan elemen komedi berdiri (stand-up comedy).
Menerusi kenyataan di Facebook, UKM menyatakan penugasan yang diberikan kepada Shahrol merangkumi Latihan Amali dan praktikal sahaja tanpa melibatkan aktiviti pengajaran teori di kuliah.

Lantikan adalah berdasarkan pengalaman sebagai pengamal industri seni
UKM menegaskan lantikan ini adalah berdasarkan pengalaman Shahrol sebagai pengamal industri seni yang mempunyai penglibatan dalam bidang lakonan, persembahan, komedi, pengacaraan dan produksi.
Kursus Citra UKM (Seni Lakon) adalah kursus di bawah Citra Kebudayaan.
"Kursus Citra UKM merupakan kursus di bawah Citra Kebudayaan yang ditawarkan kepada pelajar UKM bagi memberikan pendedahan dan pengalaman dalam bidang seni persembahan, khususnya aspek asas lakonan dan persembahan," dalam kenyataan.
UKM menambah bahawa FPSC adalah fakulti yang khusus kepada pengajian transdisiplin, meliputi pengajian umum termasuk kursus kebudayaan, sukan dan badan beruniform.
Tiada kena mengena, bukan lantikan politik
Shahrol juga ada mengeluarkan kenyataannya sendiri di Instagram mengenai bagaimana dirinya dilantik dan dijemput. Beliau juga menegaskan lantikannya bukan daripada lantikan politik.

"Ceritanya bermula tahun lepas apabila saya bertemu dengan Prof Dr Norinsan berbual mengenai kursus citra yg terdapat di UKM.
"Saya cadangkan agar seni komedi ini dijadikan satu citra kerana ianya sangat diperlukan hari ini. Asas komedi itu adalah public speaking yang mengajar mahasiswa membina keyakinan dan keberanian diatas pentas bercakap sambil dibalut dengan komedi agar tidak bosan," kata Shahrol.
Pihak UKM bersetuju dan menjemput beliau sebagai tenaga pengajar yang terlibat secara langsung dalam industri komedi selama 10 tahun.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via