seismik

"Niaga Lah Betul-Betul" - Netizen Loya Tekak Tengok Wanita Beli Kentang Penuh Berkulat

Kembang tekak tengok fries tu!

Cover image via Eca Rahimi (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Membeli makanan di luar sudah pasti sedikit sebanyak lebih memudahkan dan menjimatkan masa

Namun, kebersihan makanan di luar kadang kala membuatkan kita merasa was-was. Adakah betul mereka menjaga kebersihan makanan dan restoran itu dengan sebaiknya? Oleh sebab itu, kita perlu lebih berhati-hati jika membungkus makanan di luar.

Baru-baru ini, tular sebuah posting di Facebook yang memaparkan seorang wanita membeli kentang goreng yang penuh kulat telah mencuri tumpuan.

Lihat posting penuh itu di bawah:

Beli kentang goreng, dapatnya kentang penuh berkulat

Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang memuat naik kentang goreng yang baru dibelinya di Facebook.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila sebaik saja dia buka bekas kentang goreng, kentangnya itu penuh kulat dan masam.. Perkara itu membuatkan dia merasa loya tekak dan marah kepada peniaga yang tidak bertanggungjawab itu.

"Ni mesti makanan semalam tak habis. Pastu jual semula" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 15K tontonan, 105 kongsian dan 300 komen di Facbeook, rata-rata netizen turut merasa geram dan marah. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Ada lagi ya peniaga yang macam ni, tak baik jual makanan dah basi dekat orang!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: