seismik

"Sebijik" - Pak Cik Berbakat Tiru Suara Doraemon & Detective Conan Ini Buat Ramai Terhibur

Betul ke ni? Macam tipu je.

Cover image via @datok.2 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Zaman kanak-kanak dahulu, kita mesti rasa teruja dan gembira bila dapat menonton siri kartun di depan TV

Kartun yang popular zaman itu termasuklah Doraemon, Detective Conan, Pokemon, Totally Spies, Shin Chan dan banyak lagi. Suara-suara yang memainkan watak di dalam siri itu sudah pasti susah untuk dilakukan bukan?

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pak cik membuat suara Doraemon dan Detective Conan telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@datok.2

Doremon & detektif conan Cuba selesaikan masalah D'LoVe Char Koew Teow #fyp #doremon #conan

bunyi asal - D A T O K - D A T O K

Selamba buat suara kartun, tak sangka pula memang betul sama

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pak cik sedang berada di sebuah kedai makan sambil aksinya dirakam oleh sekumpulan remaja.

Apa yang lebih melucukan adalah apabila pak cik itu bercakap sambil menyamar suara Doraemon. Perkara itu membuatkan semua tidak menyangka bahawa itu adalah suara pak cik itu.

Kemudian, dia melakonkan lagi watak dan suara Detective Conan. Suaranya memang sama dan membuatkan semua terkejut.

"Pak cik ni mesti kalah dengan cucu, last-last tengok kartun kat TV" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 260K tontonan, 24K tanda suka dan 600 komen di TikTok, rata-rata netizen turut teruja dan terhibur mendengar suara pak cik itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Betul ke suara pak cik ni? Wah, berapa lama dia practice ya agaknya! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: