"11 Bulan Jalan Kaki" - Lelaki Menangis Sampai Di Makkah Dari UK Ini Curi Perhatian
Masya Allah.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Dapat mengerjakan umrah atau ibadah haji sudah tentu menjadi impian setiap muslim
Setiap muslimin dan muslimat tidak sabar untuk menjadi tetamu Allah yang dapat menjejakkan kaki ke tanah suci. Ada juga yang tidak berpeluang untuk menyaksikan keindahan tanah suci.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki berjaya sampai ke tanah suci dengan berjalan kaki telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Akhirnya sampai ke Makkah selepas 11 bulan berjalan kaki
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang berjalan sambil menolak trolinya sambil aksinya dirakam.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat berjalan kaki ke tanah suci. Dia juga berkata perjalanan tersebut mengambil selama 11 bulan. Dipercayai dia berjalan sambil menolak trolinya yang dikatakan tempat untuk dia berteduh sepanjang perjalanan.
Menurut sumber, lelaki yang bernama Adam itu telah merentasi 9 buah negara iaitu Netherlands, Jerman, Czech Republic, Hungary, Romania, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan sebelum tiba di Makkah untuk mengerjakan haji.
Situasi itu membuatkan semua sebak melihatnya. Ketibaan Adam di Makkah telah disambut orang ramai yang berkumpul di Masjid Aisha.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Setiap langkah, titik peluh dia tu semua Insha Allah diberikan pahala. Semoga syurga buatmu!" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 157K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut sebak melihat kegigihan dan pengorbanan Adam.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!