[VIDEO] Lelaki 'Sangap' Cuba Ceroboh Rumah Bujang Tengah Malam Buat Ramai Cuak
Creepy gila!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tinggal di rumah yang besar semestinya akan menimbulkan rasa takut jika sorang-sorang
Sebab itu, lebih baik jika ada yang teman seperti roommate atau housemate supaya rumah itu lebih riuh suasananya. Bukan setakat itu, kalau berlaku situasi yang membahayakan juga ada yang boleh berikan bantuan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan situasi lelaki bujang berdepan dengan lelaki yang tidak dikenali telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Siap lambai tangan dan tanya lelaki bujang nak 'main' ke tak
Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang lelaki bujang sedang berada di dapur rumah mereka.
Pada awalnya, mereka kedengaran ada suara lelaki di luar rumah dan cuba nak masuk daripada pintu belakang. Apabila ditanya nak apa, lelaki pelik itu menjawab nak masuk rumah. Dia siap lambai tangan dan tanya kepada lelaki itu "nak main tak".
Kedua-dua orang lelaki itu dilihat cuak dan cuba menghalaunya. Mereka siap ingin memanggil polis. Tetapi, pada keesokan harinya, lelaki itu berjaya masuk ke bilik rakan mereka.
Lihat posting seterusnya di bawah:
"Malam ni ready baling barang kat dia kalau datang lagi" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 444K views, 4K retweets dan 6K likes di Twitter, rata-rata netizen turut merasa takut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!