"Dah Hilang Adat Melayu" - Viral Video Pengantin 'Power Rangers', Ini Penjelasan Sebenar!
Bawa bertenang. Ada sebab majlis ini diadakan. Baca dulu.
Baru-baru viral di laman sosial video pasangan pengantin bersanding sambil berpakaian ala adiwira, ‘Power Rangers’
Dalam video tersebut, majlis itu bukan sahaja disambut dengan gilang-gemilang bahkan dapat dilihat juga pengantin lelaki berpakaian sebagai 'Blue Ranger' bersampin manakala pengantin perempuan pula berpakaian seperti 'Pink Ranger', siap dengan veil!
Dipercayai majlis perkahwinan tersebut berlaku pada 13 April yang lalu, bertempat di UTC Datuk Keramat.
Ekoran tularnya video itu, ramai netizen yang mengecam tindakan pasangan pengantin tersebut yang mana rata-rata beranggapan adalah tidak wajar membuat majlis perkahwinan sebegitu.
Antara komen termasuklah:
Susulan kekecohan itu, penjelasan sebenar tentang majlis tersebut telah diutarakan
Difahamkan bahawa majlis tersebut adalah sebahagian daripada acara Collectors Toy Fair Kuala Lumpur. Selain itu, pasangan Power Rangers tersebut sememangnya merupakan pasangan suami isteri yang baru sahaja selesai kedua-dua majlis mereka, iaitu majlis pernikahan dan majlis bertandang.
Image via Facebook Normala Shamsudin
Bukan itu sahaja, tujuan persandingan ini diadakan adalah sebagai tanda meraikan pasangan suami isteri itu yang dikatakan telah berkenalan di acara yang sama beberapa tahun yang lalu!
Kenyataan rasmi telah pun dikeluarkan oleh penganjur acara Collectors Toy Fair Kuala Lumpur seperti di bawah:
Image via Facebook Wan Kedah
Image via Facebook Wan Kedah
Disebabkan perangai makcik dan pakcik bawang ini, pengantin perempuan juga telah tampil memberikan penjelasan di laman yang mengecam mereka serta di laman Facebook peribadinya
Image via Facebook Raja Lepak
Image via Facebook Raja Lepak
Boleh lihat video acara persandingan tersebut di bawah:
Itulah lain kali jangan serkap jarang.
Apa-apa pun tahniah buat kedua mempelai, semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Go go Power Rangers!
Image via Facebook
Pasangan ini pula berkenalan sebab sama-sama bekerja sebagai GrabFood rider!
Sekolah ini pula sambut Hari Guru dengan tema pengantin. Cantik-cantiknya guru-guru ini!
Leave a comment