Pengantin Terharu & Menangis Terima Hadiah, Tak Sangka Rakan Baik Cina Beri Gelang Emas
Untungnya sis!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mempunyai rakan yang baik juga adalah satu rezeki buat diri kita
Mereka ini pasti ada di saat kita senang dan susah. Zaman sekarang ini agak sukar untuk bertemu dengan orang yang betul ikhlas mahu berkawan dengan kita betul tak?
Namun, tular baru-baru ini apabila seorang pengantin perempuan terkejut dengan pemberian hadiah kahwin daripada rakan Cina mencuri perhatian ramai.
Image via @dik_wan96 (TikTok)
Image via @dik_wan96 (TikTok)
Terkejut tengok hadiah kahwin daripada rakan
Menerusi video tersebut, kelihatan pengantin perempuan sedang membuka hadiah daripada tiga orang rakan baiknya yang berbangsa Cina di majlis perkahwinannya.
Namun, sebaik saja membukanya dia kelihatan terkejut kerana tidak menyangka hadiah kahwin yang diterima daripada mereka.
Pengantin perempuan itu juga dilihat meminta tisu kerana tidak dapat menahan tangisannya.
Difahamkan, rakannya itu memberikan hadiah gelang emas bersempena dengan perkahwinannya.
Lihat video itu di bawah:
Best sungguh dapat kawan macam ni! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment