Isu Kahwin, Tengku Mahkota Pahang Minta Rakyat Hormati Keputusan Dan Privasinya
Baginda memberitahu sedang komited untuk berkhidmat kepada Raja dan Negara.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menafikan khabar angin bahawa baginda bakal berkahwin dalam masa terdekat ini
Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram, @this.7, Tengku Hassanal Ibrahim meminta semua pihak menghormati keputusan dan privasinya berhubung hal peribadinya lebih-lebih lagi tentang soal perkahwinan.
"Sebagai seorang putera raja dan waris ganti Negeri, saya sangat menghargai keprihatinan dan minat yang ditunjukkan terhadap kehidupan peribadi saya oleh orang ramai.
"Namun, saya memohon agar keputusan dan privasi peribadi mengenai perkahwinan saya pada masa hadapan dapat dihormati.
"Saya percaya bahawa pilihan hidup yang penting seperti ini harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai bagi saya.
"Buat masa ini, saya komited untuk berkhidmat kepada Raja dan Negeri, dan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.
"Sokongan anda semua amat saya hargai. Terima kasih," titahnya.
Dalam satu Instagram Stories yang dimuat naik, Tengku Hassanal menulis "No Wedding, takde (tak ada) kahwin" dan "Jangan kacau saya."
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!