seismik

Pasangan Pengantin Raikan Tema Perkahwinan '1 Malaysia', Himpun Semua Kaum Di Majlis

Semua kaum berkumpul raikan.

Cover image via @mizieayu8788 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi pasangan pengantin, majlis perkahwinan adalah momen yang manis buat mereka kerana pada masa inilah mereka diraikan

Malah, mereka juga dapat berjumpa dengan rakan-rakan dan saudara mara yang jauh. Sudah tentu tema perkahwinan menjadi peranan utama dalam sesebuah majlis.

Kebiasaannya, ia akan ditetapkan oleh pengantin itu sendiri mengikut cita rasa mereka. Kapasiti tetamu juga boleh dikawal dengan melalui jemputan sahaja.

Namun, tular sebuah video memaparkan pasangan pengantin yang memilih untuk majlis mereka diraikan dalam suasana yang meriah dengan mengenakan elemen pelbagai kaum telah mencuri tumpuan ramai.

Himpun semua kaum dalam majlis perkahwinan

Menerusi video di akaun TikTok @mizieayu8788, kelihatan pasangan pengantin itu sedang diraikan dalam majlis perkahwinan mereka.

Tetapi, apa yang lebih mencuri perhatian adalah majlis perkahwinan itu turut disertai tarian singa, kompang dan gendang India yang dimainkan oleh kaum Melayu, India dan Cina.

Malah, pasangan pengantin itu juga dilihat gembira dengan sambutan yang diberikan kepada mereka.

Seronok tengok bila semua kaum dapat berkumpul untuk raikan bersama macam ni kan? :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: