seismik

Lelaki India Kena Knockdown Rupanya Ada Juga Black Belt Karate - "Saya Kalah Sebab Mabuk"

Dia memberitahu berlakunya perselisihan faham sebelum pergaduhan.

Cover image via @jacklee90st (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular sebelum ini sebuah video memaparkan pergaduhan di antara seorang lelaki Cina dan lelaki India di sebuah kedai runcit

Menerusi sebuah video, lelaki India berkenaan tampil memberi penjelasan mengenai kejadian yang berlaku di antara dia dan lelaki terbabit.

Difahamkan, dia memberitahu telah berlakunya perselisihan faham di antara mereka berdua sejak 13 tahun lepas. Namun, rakannya mengajak untuk pergi ke kedai tersebut kerana mahu membeli sesuatu dan dia pun pergi bersama.

Setibanya di kedai tersebut lelaki Cina berkenaan didakwa memberikan reaksi yang biadap sehingga berlakunya pergaduhan 'one by one'.

Oleh kerana merasa tercabar dengan tindakan lelaki Cina itu, dia mengambil keputusan untuk menyahut cabarannya walaupun tahu diri dalam keadaan mabuk.

Jelas ada tali pinggang hitam dalam karate

Walaupun dilihat dia telah dikalahkan oleh lelaki Cina terbabit, dia memberitahu bahawa sebenarnya dia mempunyai tali pinggang hitam dalam karate, manakala lelaki Cina itu mempunyai tali pinggang hitam dalam taekwondo.

Malah, dia juga meminta maaf atas perkara yang sudah berlaku dan meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan video pergaduhan itu dan juga menyunting gambarnya yang sedang terbaring.

Lihat video penjelasan itu di bawah:

@jacklee90st Penjelasan dari Pihak Anney dia cakap dia pernah ada perselisihan faham lama dengan cina tu pastu hari kejadian kawan dia ajak pergi kedai tu, dia pergi la ikut tiba2 cina tu cakap kau apehal usha2 tak puas hati ke, dia kata dia nak beli barang ape masalah then apek tu ajak one by one, dia pun dalam keadaan tak steady time tu jadi sebab dia anak jantan dia pun sahut cabaran . Dia ada blackbelt karate manakala cina tu blackbelt taekwondo, dia kalah sebab time tu dia tak berapa nak normal(mabok). Jadi dia minta maaf katanya jangan la viral kan yg video dia kene tido tu, lagi2 yg edit gambar dia baring mcm GTA tu. Buat hal masing2 katanya xpayah masuk campur hal orang. #kedairuncit #onebyone #1by1 #kedai #anney #kisahbenar #fyp Kal Ho Naa Ho - Soft Piano Instrumental - Basiel Jozey
@jacklee90st Replying to @VISVANATHAN yes dia mmg ada blackbelt. Semoga Bro menjadi Insan yg baik dan dimurahkan rezeki. #kedairuncit #onebyone #blackbelt #kedai #1by1 #karate #taekwondo original sound - Jacklee Zolkarnain

Harap selepas ini tiada salah faham yang berlaku lagi di antara mereka berdua :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: