Lelaki Cina 'Knockdown' India Di Kedai Runcit Rupanya Ada Black Belt Dalam Taekwondo
Dia pernah memenangi pertandingan taekwando di Pulau Pinang kira-kira 30 tahun lalu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pemilik kedai runcit yang membelasah seorang lelaki india ketika membuat kekacauan di premis miliknya di Seberang Jaya, Pulau Pinang, pada 3 Jun lalu, rupa-rupanya mahir dalam taekwondo
Menurut laporan China Press, pemilik kedai, bernama Wu Yerong, dia mula mempelajari seni mempertahankan diri di Korea sejak usia 17 tahun.
Pada tahun 1996, beliau telah dinobatkan sebagai juara Pulau Pinang dalam pertandingan Persekutuan Taekwondo Antarabangsa. Dua tahun kemudian, Wu berkhidmat sebagai tenaga pengajar taekwondo secara gantian.
"Saya ingat bahawa pada tahun 1998, seorang jurulatih taekwando tidak ada untuk mengajar kelasnya. Pada tahun itu, saya mengambil alih empat kelas dan mengajar pelajar.
“Jurulatih mengesyorkan saya menjadi tenaga pengajar sepenuh masa.
“Bagaimanapun, saya sibuk menguruskan kedai serbaneka milik keluarga saya, jadi saya menolak tawaran itu,” katanya kepada sumber.
Wu menjadi viral minggu lalu selepas video dia bergaduh dengan seorang lelaki, dipercayai mabuk, di kedai serbanekanya tersebar luas di media sosial
Dalam video itu, Wu mencabar seorang lelaki India itu untuk berlawan satu lawan satu. Dia muncul sebagai pemenang selepas menjatuhkan individu terbabit sehingga terbaring di lantai.
Menerusi laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihak telah terkesan dengan satu video tular menerusi aplikasi X yang memaparkan kejadian pergaduhan melibatkan dua individu di sebuah premis di daerah berkenaan.
"Semasa kejadian, pengadu yang bekerja sebagai jurujual di premis tersebut telah didatangi dua lelaki warga tempatan di mana salah seorang pelanggan telah meminta kepada jurujual untuk mengambil minuman keras.
"Semasa itu telah berlaku perselisihan faham dan tumbuk-menumbuk di antara kedua-dua individu sehinggakan salah seorang daripada mereka telah memukul belakang dengan menggunakan helmet di luar premis berkenaan.
"Salah seorang Individu yang terlibat mengalami sedikit kecederaan pada bahagian muka, manakala seorang lagi tiada mengalami kecederaan," katanya
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!