Pemandu Cuai Tak Tarik Handbrake Sehingga Mengundur, Penunggang Motosikal Jadi Mangsa
Mereka gagal mengelak sehingga merempuh kereta tersebut.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sebuah kereta yang mengundur sehingga menyebabkan kemalangan di jalan raya
Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku di hadapan sebuah pusat servis kenderaan di Balakong apabila seorang staf di situ terlupa menarik handbrake ketika dia keluar kereta.
Perkara itu membuatkan kereta tersebut mengundur sehingga menyebabkan ia terbabas di jalan raya.
Penunggang motosikal gagal mengelak
Menerusi sebuah video, dua penunggang motosikal menjadi mangsa selepas mereka gagal mengelak kereta tersebut yang datang secara tiba-tiba.
Bagaimanapun, tidak diketahui keadaan kedua-dua penunggang tersebut sama ada cedera parah atau sebaliknya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!