Wanita Kongsi Pakai Kereta Biasa Berbanding Mewah - "Jangan Malu Downgrade Lifestyle"
Kesihatan kita juga sangat penting dan perlu dijaga.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Zaman sekarang bukanlah semua benda mudah dan kita perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu
Tambahan lagi demi mencari duit untuk meneruskan kehidupan. Ditambah pula dengan ekonomi yang tidak menentu.
Walaupun kita berasa senang dan selesa dengan gaji kita sekarang, adalah diingatkan supaya kita juga menyimpan dan jangan terikut orang-orang di sekeliling.
Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi kisah hidupnya di sebuah podcast yang mencuri tumpuan ramai.
Rasa tenang lepas dah downgrade kehidupan
Menerusi video tersebut, DekatMic Podcast telah menemu bual seorang wanita untuk berkongsi cerita dalam episod berkenaan.
Wanita itu kemudian berkongsi kisahnya yang tidak malu untuk hidup lebih bersederhana berbanding dahulu.
"Kalau dulu saya ada kereta mewah, saya jual dan saya beli kereta lokal.
"Aku duk pulun-pulun semua benda ni, at the end of the day aku punya badan yang tak boleh nak tampung dah the stres tu," ujarnya dalam sesi podcast tersebut.
Menurutnya, selepas dia memilih hidup secara bersederhana mindanya kini lebih tenang dan tidak perlu memikirkan banyak masalah.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!