seismik

Ramai Setuju Tindakan Majikan Minta Pembantu Rumahnya Simpan Telefon Waktu Kerja

Tindakannya mendapat komen positif.

Cover image via @antertu (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mengupah pembantu rumah sememangnya memudahkan kerja harian kita di rumah

Mereka ini adalah adalah orang yang diupah untuk membantu kerja rumah atau menjaga individu seperti keluarga dengan anak kecil atau orang tua di rumah.

Kebiasaannya, mereka diambil bekerja melalui pelbagai agensi pekerjaan, atau oleh individu yang yang bertanggungjawab.

Namun, hari ini banyak kes mengenai pembantu rumah kita boleh lihat contohnya lari dari rumah dan sebagainya. 

Majikan minta rutin pagi semua simpan telefon sebelum memulakan kerja

Menerusi sebuah video, seorang individu telah berkongsi rutin harian setiap pagi bagi semua pembantu di rumahnya.

Dia berkongsi sebelum memulakan kerja, mereka semua diminta untuk menyimpan telefon bimbit dan dilarang digunakan sewaktu bekerja.

Hal ini kerana bagi mengelakkan kecuaian semasa sedang bekerja yang boleh menyebabkan perkara tidak diingini daripada berlaku.

Dia juga memberitahu mereka semua dibenarkan mengambil telefon masing-masing selepas habisnya waktu bekerja.

"Elok macam ini. Masuk bekerja dalam rumah orang kena berjaga-jaga" - Netizen

Sementara itu, tindakan majikan terbabit mendapat reaksi positif daripada netizen yang memberitahu ia memang sepatutnya dilakukan.

Ada juga yang berkongsi tindakan itu bagus untuk menghalang mereka daripada tidak melakukan kerja dan sentiasa bersama telefon sehingga mengabaikan perkara lain.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.5M views, 966 retweets dan 174 comments di laman X.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:

Lihat video itu di bawah:

Kalau pembantu rumah yang jaga anak kecil tu lagi kena berhati-hati.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: