seismik

Malaysia ‘Top 3’ Negara Paling Ramai Individu Belum Berkahwin Di Asia Tenggara

Ia berdasarkan kaji selidik daripada SeaAsia Stats.

Cover image via Bernama (Gambar sekadar hiasan) & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia berada di tempat ketiga dalam kalangan negara Asia Tenggara yang mempunyai individu paling ramai belum berkahwin

Ia berdasarkan kaji selidik daripada SeaAsia Stats yang melaporkan bahawa Malaysia mempunyai sebanyak 44.68 peratus individu bujang.

Untuk maklumat, individu bujang ditakrifkan sebagai belum berkahwin, bercerai, berpisah atau balu.

Statistik ini telah meletakkan Malaysia di belakang Filipina yang berada di tempat pertama dengan 49 peratus daripada populasinya berstatus bujang, diikuti Brunei dengan 44.9 peratus.

Manakala, Kemboja, Myanmar dan Thailand masing-masing berada di tempat keempat hingga keenam dengan 44.6 peratus, 29 peratus serta 23 peratus.

Image via Harian Metro

Ia diikuti Indonesia 22 peratus, Singapura 20 peratus, Laos 17 peratus manakala dua negara dengan individu bujang terendah adalah Vietnam 16 peratus dan Timor-Leste 13 peratus.

Kajian itu berdasarkan sumber daripada Divisyen Populasi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Statistik Populasi & Bujang berdasarkan data pada 2021.

Menurutnya, daripada 1970 hingga 2021, PBB mengumpulkan data perkahwinan lebih 1.6 bilion individu bujang di seluruh dunia.

Data itu mendapati, pelbagai faktor menyumbang kepada peningkatan individu bujang di Malaysia, termasuk pandangan terhadap perkahwinan, peningkatan ekonomi serta meningkatnya keperluan sosial mereka yang masih bujang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: