seismik

"Keep Your Money" - Cubaan Warga Asing Beri Rasuah Gagal, Ramai Puji Kejujuran Abang Polis

Mereka pun dah berani nak beri rasuah.

Cover image via @update11111 (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tugas sebagai seorang polis bukanlah perkara yang mudah kerana perlu menjaga keamanan dan keselamatan negara

Seperti yang kita juga tahu, dalam negara kita ini banyak kes rasuah. Ia adalah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. 

Sudah tentu perkara ini amat membimbangkan. Bukan setakat orang atasan saja, tetapi kini warga asing juga sudah mula memberanikan diri.

Baru-baru ini, tular sebuah klip di laman X memaparkan seorang warga asing yang cuba memberi rasuah kepada seoarang anggota polis selepas dia ditahan.

Cuba beri rasuah pada polis untuk elak ditahan

Menerusi video tersebut, kelihatan anggota polis berkenaan sedang menulis beberapa butiran kesalahan pada kertas saman terhadap seorang individu.

Difahamkan, individu tersebut merupakan seorang warga asing telah mengeluarkan sejumlah wang dan cuba menghulurkan kepada anggota polis tersebut.

Namun, anggota polis itu menolaknya dan memberikan amaran akan menangkapnya sekiranya dia cuba memberikan lagi duit tersebut.

"Simpan, you bagi, saya tangkap. Don’t try give me money okay. You can pay the summons at any police traffic.

"I no need your money. Keep your money. Thank you,” kata beliau dengan tegas kepada warga asing itu," kata polis itu.

Kejujuran polis berkenaan mendapat pujian ramai yang tidak mudah termakan dengan helah warga asing itu.

Lihat video itu di bawah:

Bagus abang polis, sekolahkan je orang macam ini lain kali :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: