Bapa Tak Sengaja Terlanggar Anak Sedang Main Telefon Hingga Maut Ketika Undur Kenderaan
Kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia sekitar jam 10.30 pagi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan maut selepas bapanya secara tidak sengaja terlanggar mangsa ketika mengalihkan kenderaan pacuan empat roda di rumah mereka di Kampung Wakaf Kubor di Kampung Raja, Terengganu
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata kejadian berlaku pada sekitar jam 9.30 pagi apabila bapa kanak-kanak tersebut mengalihkan kenderaannya setelah selesai mencucinya di halaman rumah.
“Namun lelaki tersebut tidak menyedari anaknya yang sedang bermain telefon bimbit di atas tangga rumah telah bergerak menuju ke arah kenderaan yang dipandunya itu dan menyebabkan dia telah terlanggar kanak-kanak itu,” katanya kepada sumber.
Tambah beliau, bapa kanak-kanak itu kemudiannya membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Gong Medang di sini, namun kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia sekitar jam 10.30 pagi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!