seismik

Anggap Mahal, Pelanggan Tak Puas Hati Peniaga Jual Nasi Lemak Tepi Jalan RM3 Sebungkus

Sekarang semua harga barangan dah naik.

Cover image via @hakaklawa_fyon (TikTok) & Nasi Lemak Daun Pisang Kampung Chubadak (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan dengan kenaikan harga barangan telah memberi sedikit kesan buat kita

Selain kita, peniaga antara yang paling terkesan dengan kenaikan harga barangan. Hal ini menyebabkan ada sesetengah daripada mereka terpaksa untuk menaikkan harga jualan.

Namun, baru-baru ini telah tular sebuah video memaparkan seorang peniaga 'dimarahi' pelanggan kerana menjual harga nasi lemak yang dikatakan mahal.

Cakap harga nasi lemak mahal, siap minta diskaun

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang peniaga di Sabah dilihat berkongsi situasi apabila seorang pelanggan yang enggan membayar nasi lemak.

Difahamkan, pelanggan itu memberitahu nasi lemak ikan bilis berharga RM3 yang dijualnya itu dianggap mahal dan tidak munasabah.

Kerenah pelanggan tidak berpuas hati itu sempat dirakam peniaga tersebut ketika sedang melakukan live di TikTok miliknya.

Dapat dilihat pada awalnya, pada pelanggan itu bertanyakan harga nasi lemak, tetapi selepas diberitahu harganya RM3, dia mula mengeluarkan kata-kata kurang menyenangkan sehingga mengguriskan hati peniaga berkenaan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@hakaklawa_fyon Replying to @ateng.atengloh Hanya Allah yang tau saya Ikhlas atau Tidak. Tapi sepangjang bantu mama berniaga dan niaga sendiri, tiada dalam kamus hidup saya "TIDAK IKHLAS". apatah lagi "TIDAK MURAH HATI". Orang yang kenal saya, kenal lah.. tapi saya bukan minta untuk dikenali, cuma minta difahami. Saya, generasi dr mama saya yang sudah meniaga nasi lemak selama 24 TAHUN, dari harga 1 ringgit hingga lah sekarang 3 ringgit. Proses membuat nasi lemak bukan senang mcm goreng nasi. kos bahan mentah yang makin naik. Berapa saja untung kami jika nak dibandingkan dengan penat lelah kami berjam². Kami sangat jaga KUALITI. Masak nasi pun bukan guna santan murah. semua masakan kami gunakan bahan yang mencukupkan rasa ia sebagai "NASI LEMAK". Di kes ini, makcik ni juga seorang peniaga. Saya tidak tahu apa motif dia dtg sergah saya mcm ni. Semoga dia tidak ulang sikap dia terhadap peniaga lain. Ya Allah, Perluaskan lagi rezeki kami seluas lautanMu. Dan jauhkanlah kami dari sifat hasad dengki sesama manusia. Aamiin Ya Allah. #peniaganasilemak #randomvideo #tidakmurahhati original sound - ChiruX9_official

Kalau nak lagi murah, buat sendiri jelah kak lain kali :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: