seismik

Wanita Minta Ibu Bapa Jangan Terpedaya Beli Coklat Kononya Untuk Minda & Mengandungi Doa

Jangan tertipu.

Cover image via Anna Shafize (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak sah rasanya kalau kita tidak melihat penjual yang berniaga di depan sekolah betul tak?

Tambahan pula 'target' mereka memang kepada murid-murid sekolah yang senang terpedaya dan mahu membelinya. Antara yang paling banyak sudah tentu penjual makanan.

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi helah seorang peniaga yang kononnya menjual coklat untuk minda telah mencuri perhatian ramai.

Minta ibu bapa nasihat anak dan berhati-hati

Menerusi sebuah posting di Facebook, seorang wanita telah memberi amaran kepada ibu bapa lain agar tidak mudah tertipu dengan helah penjual coklat minda di kawasan pekarangan sekolah.

Menurutnya, dia membeli sebotol coklat itu berharga RM10 demi memenuhi permintaan anaknya. Walau bagaimanapun, dia terkejut selepas mengetahui ia sebenarnya hanyalah coklat biasa.

"Tergamak sungguh menipu budak-budak. Ingatkan ubat dalam bentuk tablet, rupa-rupanya memang coklat.

"Dahsyat, sejak bila coklat boleh turunkan kolesterol badan? Sampai ‘claim’ boleh cegah sakit jantung,"
katanya.

Malah, tambahnya produk tersebut juga tidak mempunyai sebarang label padanya.

Lihat posting itu di bawah:

Macam-macam helah sekarang orang jual ya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: