POV Menginap Hotel 'Nak Cepat Kaya' Undang Tawa Ramai - "Guna Iron Pun Kena Bayar”
Lain macam hotel ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap orang pasti ada pengalaman duduk di hotel betul tak?
Tidak kiralah hotel yang murah atau mahal. Kesemuanya mempunyai polisi mereka masing-masing. Kebiasaannya, hotel akan menyediakan fasiliti seperti seterika, air dan sebagainya.
Namun, lain pula dengan hotel yang didiami oleh beberapa individu ini yang telah mencuit hati ramai.
Hotel terlalu 'jimat' dan perlu bayar untuk guna fasiliti
Menerusi video tersebut, seorang lelaki telah berkongsi dia dan beberapa orang individu telah menginap di sebuah hotel.
Namun, ketika dia menuju masuk ke bilik, tiba-tiba lampu di sepanjang jalan tertutup membuatkan dia dan rakannya kelihatan terkejut.
Bukan itu saja, dia turut berkongsi hotel berkenaan mengenakan bayaran untuk tetamu yang ingin menggunakan seterika mereka iaitu 50 sen untuk 6 minit.
Walaupun keadaan hotel begitu, dia dan rakannya hanya mampu tergelak sepanjang situasi tersebut kerana tidak pernah mengalaminya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!