seismik

Dapat Keputusan Cemerlang Dalam SPM, Anak Murid Pakat Berikan Hadiah Televisyen Buat Guru

Baik sungguh mereka.

Cover image via @izzhuznie (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak di media sosial kita lihat individu yang berkongsi kegembiraan mereka selepas mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Sememangnya ini perkara yang sangat bagus. Ini dapat memberikan semangat buat mereka yang bakal menduduki SPM kelak.

Sudah tentu, guru adalah tulang belakang yang paling penting dalam kejayaan mereka ini. Tanpa mereka, tidaklah mendapat keputusan yang cemerlang betul tak?

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sekumpulan anak murid yang membalas jasa guru mereka telah mencuri perhatian.

Hadiahkan guru televisyen sebagai tanda terima kasih

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan pelajar telah membuat kejutan dengan memberikan hadiah sebuah televisyen kepada seorang guru mereka.

Difahamkan, mereka menghadiahkan adalah kerana telah memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.

Untuk itu, mereka mengambil keputusan bagi menggantikan televisyen gurunya yang dipercayai sudah rosak dan ketinggalan zaman.

Lihat video itu di bawah:

@izzhuznie Kejutannnn! Tuwdiaaaa depa tau tv umah sir nyawa nyawa ikan! Sekali nahhhhhhh bawak mai sungguh ! Tahniah untk A landksp&nurseri!! Tq for TV #tv#pov#fyp#hadiah#gawai#tiktokcikgu#happygawai#erasarawak#fypppp original sound - Izz huznie idraqie

Alhamdulillah, tahniah semua. Murah rezeki mereka ini :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: