"Mana Boleh Macam Ini" - Lelaki Marah Kereta Kecil Disita, Tapi Kereta Besar 'Dilepaskan'
Kena buat pengunci yang khas tayar besar pula lepas ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Undang-undang jalan raya perlulah dipatuhi oleh semua pengguna jalan agar semua dapat menikmatinya dengan tenang
Ia termasuklah seperti tempat memakir kereta. Kita perlulah memakir di tempat yang sudah disediakan dan boleh diparkir.
Sudah tentu akan ada anggota yang akan memantau agar ia tidak menyusahkan orang lain. Namun, jika ia salah kita, tidaklah boleh kita salahkan mereka pula betul tak?
Lain pula dengan kejadian yang berlaku ini apabila tular sebuah video memaparkan seorang lelaki meluahkan rasa marahnya kerana keretanya disita.
Beri alasan tak sita kerana tayar kereta besar
Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan meluahkan rasa kecewanya terhadap seorang anggota penguatkuasa.
Difahamkan, keretanya telah disita kerana memakir di tempat yang tidak dibenarkan. Kelihatan juga ada dua buah kereta lain yang parkir di situ.
Namun, apa yang membuatkan dia marah adalah apabila kereta Hilux tersebut tidak disita. Alasan penguatkuasa itu adalah kerana kuncinya tidak muat pada tayar kereta berkenaan. Perkara itu membuatkan dia kesal.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!