seismik

Lelaki Bersyukur Akhirnya Bergelar Ayah Di Usia 80, Sudah 10 Tahun Menanti Zuriat

Alhamdulillah, tahniah buat mereka berdua.

Cover image via @ummimakhapakyob (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasangan mana saja dalam dunia ini yang tidak mahu mempunyai zuriat bukan?

Bukan semua orang diberi peluang untuk mendapatkan zuriat. Ada yang rezeki mendapat cepat dan ada juga lama menunggu untuk mendapatkan zuriat.

Mereka inilah penyambung warisan kita dikala kita sudah tiada nanti. Kehadiran cahaya mata ini juga dapat melengkapkan lagi kebahagiaan di dalam rumah tangga. Tidak kisahlah berapa pun umur anda.

Namun, baru-baru ini tular apabila pasangan yang akhirnya mendapat zuriat selepas sekian lama menanti yang mencuri tumpuan ramai.

Selepas 10 tahun akhirnya syukur di kurniakan zuriat

Menerusi video perkongsian tersebut, wanita yang dikenali sebagai Ummi itu berkongsi berita gembira apabila dia dan suami yang baru saja menimamg cahaya mata.

Suaminya berumur 80 tahun manakala Ummi yang berumur 42 tahun telah melahirkan anak perempuan mereka pada Jumaat, 31 Mei yang lalu. 

"Ini adalah zuriat pertama kami selepas 10 tahun usia perkahwinan. Suami sangat bersyukur pada Allah atas kurniaan ini," kata Ummi kepada SEISMIK.

Lihat video itu di bawah:

@ummimakhapakyob

Kurnian zuriat dari Allah di usia Ayahnya umur 80 tahun, 9.30mlm hari Jumaat 31May2024 Puteri kami dilahirkan

original sound - Ummi Mak Ha Pak Yob

Alhamdulillah, penantian yang sangat bermakna buat pasangan ini. Semoga dipermudahkan segalanya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: