seismik

[VIDEO] Pemandu E-Hailing Didakwa Cuba Burukkan Malaysia & Islam Di Depan Pelancong

Harap dapat diambil tindakan.

Cover image via @MALAYSIAVIRALLL (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial menunjukkan seorang pemandu e-hailing didakwa memburukkan Malaysia dan Islam

Perkara itu dirakam oleh seorang pelancong yang menaiki e-hailing terbabit ketika mereka sedang berbual.

Malah, dia juga telah mempertikai Islam sebagai agama rasmi dan mendakwa kebebasan tersekat termasuk larangan berjudi dan minum arak.

"They want us to follow their religious, it's very unfair correct. They don't drink, they get drunk, so they banned all the drinking and gambling. No entertainment, it's like staying in the cave," ujar pemandu itu.

Syarikat e-hailing digesa mengambil tindakan

Sementara itu, syarikat e-hailing digesa mengambil tindakan tegas termasuk memberhentikan pemandu tersebut.

Menerusi Berita Harian, Ketua Aktivis Gabungan E-Hailing Malaysia, Jose Rizal, berkata beliau kecewa dan terkejut sebaik dimaklumkan mengenai video berkenaan.

"Apa yang diperkatakan oleh pemandu itu (berkaitan agama Islam) kepada pelancong asing adalah salah dan ia memperlihatkan pemikirannya yang sempit.

"Justeru itu, kita menggesa supaya tindakan tegas diambil oleh pihak syarikat e-hailing dengan memberhentikan khidmat lelaki terbabit," katanya.

Beliau juga menegaskan agar syarikat pengendali juga perlu mempertingkatkan amaran serta memberikan peringatan kepada pemandu mereka supaya tidak mengulangi kesilapan seumpama itu.

"Pemandu-pemandu e-hailing ini umpama duta kecil negara kita dan apabila perkara sebegini berlaku, ia bukan sahaja menjejaskan syarikat terbabit tetapi juga negara (rosakkan keharmonian).

"Disebabkan itu, kita mahu supaya syarikat e-hailing bertanggungjawab menyediakan garis panduan yang sentiasa diingatkan kepada pemandu bagi mengelak perkara ini berulang," katanya.

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: