seismik

Joget Depan Kaabah, Main Game & Conteng Batu, Kelakuan Jemaah Haji Cetus Kemarahan Ramai

Pelik-pelik je lah diorang ni.

Cover image via @almanmulyana15 (TikToK)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi umat Islam, menunaikan haji adalah perkara yang menjadi impian ramai

Hukum menunaikan ibadah haji adalah wajib sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan. Kita semestinya sudah mengetahui adab ketika berada di tanah suci ini.

Malah, sebelum berangkat ke tanah suci juga kita pasti sudah diterangkan oleh mutawif mengenainya.

Namun, lain pula apabila tular sebuah video memaparkan kelakuan jemaah haji dari negara seberang yang mencetus kemarahan ramai.

Ramai buat perkara sia-sia bila sampai tanah suci

Menerusi video tersebut, seorang individu telah berkongsi beberapa kelakuan jemaah haji dari Indonesia ketika berada di tanah suci.

Dalam video itu menunjukkan seorang wanita sedang menari di depan kaabah, seorang lelaki sedang bermain game di dalam telefonnya dan seorang lagi telah melakukan perbuatan yang dianggap 'syirik' ketika berada di tempat mustajab berdoa.

Di akhir video, individu itu menasihatkan agar tetamu yang mendapat jemputan ke tanah suci supaya lebih rasa bersyukur dan melakukan perkara-perkara ibadah bukannya yang sia-sia.

"Salah niat dia tu ke tanah suci" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut mempersoalkan tindakan mereka itu dan meluahkan rasa marah.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.5M views, 59.6K likes dan 6,279 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@almanmulyana15 VIRAL !! PERBUATAN TERLARANG DI DEPAN KA'BAH #fyp #haji2023 #umrah2023 #makkah suara asli - alman

Haih, malu tengok orang Islam macam ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: