seismik

Wanita Kongsi Suami Bekerja Sebagai 'Badut' Untuk Tanggung Keluarga - "Janji Rezeki Halal"

Isterinya menjadi penguat buat suami.

Cover image via @nolynjoy (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi suami, isteri adalah penguat semangat buat mereka untuk terus mencari rezeki buat keluarga

Dengan adanya sokongan daripada isteri dan ahli keluarga, sudah tentu mereka akan lebih berusaha untuk berkerja keras. Tambahan lagi dengan ekonomi yang tidak menentu sekarang. Segalanya memerlukan duit.

Namun, mencari pekerjaan hari ini bukanlah mudah seperti dahulu. Ada yang sanggup melakukan kerja apa saja asalkan ia daripada sumber yang halal.

Seperti kisah pasangan suami isteri yang menarik perhatian ramai apabila suaminya yang bekerja menjadi badut profesional sebagai punca pendapatan.

Tepis dakwaan kerja badut tidak boleh berjaya

Ketika ditemu bual SEISMIK, wanita yang dikenali sebagai Salina Aziz memberitahu suaminya itu telah mula bekerja sebagai badut pada tahun 2006 bersama dengan rakannya. Suaminya itu juga ada membuat kerja sambilan ketika ini sebagai runner, namun kerja utama tetap menjadi badut profesional.

Ditanya bagaimana penerimaan keluarga mengenai pekerjaan suami pada awalnya, Salina memberitahu mereka menerima suaminya dengan hati yang terbuka.

"Mak ayah saya terima seadanya sebab sikap suami saya yang buat mak ayah saya tertarik bukan pada pekerjaan dia," katanya.

Malah, dia juga tidak mengendahkan kata-kata orang yang mempertikaikan pekerjaan suaminya kerana ia adalah kerja yang halal.

"Saya tak rasa pekerjaan dia hina, saya rasa bangga sebab dia berbakat dan dapatkan raikan anak-anak," katanya.

Dengan sumber pendapatan sebagai badut profesional, suaminya mampu membawa mereka sekeluarga bercuti, menunaikan umrah dan membeli rumah sendiri.

Difahamkan juga, semakin hari permintaan untuk suaminya membuat persembahan di acara-acara luar juga semakin bertambah.

Lihat video itu di bawah:

Alhamdulillah, yang penting dapat bahagiakan keluarga betul tak :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: