seismik

Kieda Crepe Dedah 4 Identiti Perompak Masuk Rumah - "Depa Ni Dah Biasa Pecah Masuk"

Difahamkan, kes kini masih berada dalam siasatan pihak polis.

Cover image via @KIEDACREPEPENANG (TikTok) & @arfdy12 (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Usahawan makanan dan juga pempengaruh media sosial, Kieda Crepe baru-baru ini telah mendedahkan identiti suspek yang telah merompak masuk ke dalam rumahnya

Menurut Kieda, dia mendakwa ada empat orang suspek dalam kes berkenaan di mana suspek tersebut juga merupakan perompak yang sama memecah masuk rumah usahawan Kak KM.

Tambahnya lagi, suspek merupakan pasangan suami isteri dan juga adik-beradik. Namun, difahamkan mereka kini telah ditahan bagi membantu siasatan pihak polis.

"Semua suspek tu saya dan suami langsung tidak kenal. Mereka duduk di Kuantan, tapi buat kerja (merompak) di Penang. Rupanya mereka buat road tour," jelas Kieda.

Doa semoga ada keajaiban berlaku dan kes dapat diselesaikan

Kieda juga memberitahu empat suspek kini telah ditahan pihak polis. Dia juga berharap semoga ada keajaiban yang berlaku dan kes ini berjalan dengan lancar.

"Saya harap semua jelas yang mana pecah rumah Kieda ni orang yang sama pecah rumah Kak KM yang mana kehilangan 2.1 juta dan founder lain tidak tahu berapa jumlahnya.


"Saya mengharapkan keajaiban sebab Kak KM boleh dapat, insya-Allah kalau kata rezeki berkat Allah hantar balik kat saya," katanya.

Sebelum ini Kieda mendakwa kerugian kira-kira RM800,000 selepas peti besi mengandungi barangan kemas miliknya dilarikan perompak yang memecah masuk rumahnya di Pokok Sena.

Lihat video itu di bawah:

@kiedacrepepenang Genap 44 hari Assalmmualaikum , mohon semua follower-follower kieda mendoakan keajaiban dan siasatan polis berjalan dengan lancar Kieda dapat balik hak2 kieda yang kieda cari selama ni . Dan kita sama-sama doakan , semoga pihak #PDRM dapat jalankan tugas dalam Amanah dan Tulus @AMY KIEDA MERCHANDISE @KiedaCrepeHouse original sound - KIEDACREPEPENANG

Semoga mereka dapat jumpa pesalahnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: