Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pengasuh Dera Anak Majikan Sampai Mata Lebam, Siap Kurung Dalam Bilik Sebab Takut Kantoi

Pengasuh menangis teresak-esak apabila ditanya majikan.

Cover image via @emyaghnia (IG)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, gempar kes anak influencer Indonesia didera dengan pengasuh sendiri di rumah

Influencer yang bernama Aghnia itu terkejut apabila melihat muka anaknya penuh dengan lebam dan kebiruan.

Difahamkan, Aghnia pergi ke Jakarta untuk urusan perniagaan bazar raya selama dua hari. Disebabkan anaknya yang bernama Cana dan Sultan sekolah, dia tidak dapat membawa mereka bersama.

Mereka dijaga oleh pengasuh di rumah yang mana di rumah tersebut mempunyai seorang pemandu, dua orang bibik (pembantu rumah), dua orang pengasuh dan adik iparnya.

Kejadian berlaku pada hari esoknya pada jam 4 pagi

Disebabkan semua orang berada di basement, jadi apa yang terjadi di dalam bilik tidak kedengaran. Pada saat itulah, si pengasuh mendera anaknya yang bernama Cana selama sejam tanpa henti.

Bilik dikunci rapat dan pengasuhnya itu juga tidak membenarkan Cana keluar kerana takut kantoi dengan orang-orang yang berada di dalam rumah tersebut. Dia siap memberitahu semua orang bahawa Cana demam sebab itu hanya duduk di dalam bilik, makanan juga disuap di dalam bilik.

Motif pengasuh menyiksa Cana adalah disebabkan Cana tidak mahu menyapu ubat pada lukanya.

Image via @emyaghnia (IG)

Image via @emyaghnia (IG)

Image via @emyaghnia (IG)

Tipu kepada majikan yang anak jatuh di bilik air

Disebabkan musykil, suami Aghnia menyemak CCTV dan kantoi tindakan dera si pengasuh terhadap Cana. 

Dalam video itu, kelihatan pengasuh memukul Cana di dalam bilik berkali-kali. Dia juga menarik rambutnya sehingga Cana kelihatan tersiksa. 

Pengasuh mengaku pukul anak majikan guna buku

Aghnia dan suaminya dilihat mahu pengasuhnya mengaku dan memberi alasan mengapa mendera anaknya sehingga trauma. 

Dalam video tersebut, dapat dilihat Aghnia dan suaminya sedang menahan emosi semasa berdepan dengan pengasuhnya itu. 

Ada juga yang mengatakan bahawa pengasuhnya juga terlibat dalam kes sebelum ini. 

Image via @emyaghnia (IG)

Kes tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa. Semoga keadilan berpihak kepada Aghnia dan keluarga.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment