seismik

Dapat Album Kahwin Siap Ada Gambar Setiap Makanan Masa Kenduri - "Dah Macam Menu Restoran"

Kecewa tengok.

Cover image via @ricxxxkiddo (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.



Setiap pasangan yang melakukan majlis sanding sudah tentu akan ada sesi fotografi

Kadangkala, untuk dijadikan kenangan, pasangan pengantin akan membuat album supaya gambar-gambar pada hari kejadian dicetak. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan pengantin tidak puas hati dengan album yang diterima. 

Dalam albumnya itu, dia gembira kerana ada pelbagai gambar pengantin dan tetamu pada hari perkahwinan. 

Tetapi, apa yang tak puas hati adalah gambar menu makanan

Gambar makanan itu dicetak sebanyak 2 keping daripada keseluruhan album. Antaranya, makanan seperti apam balik, kuah kari dan pelbagai kuih muih. 

"Noh gambar makanan sampai 2 pages. Memang kami nak tunjuk kat anak cucu gambar ni" tulisnya. 

"Ni buku resepi, edisi perkahwinan" - Netizen

Susulan tularnya video itu, netizen memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut merupakan komen netizen di X:

Lihat video penuh itu di bawah:

Hmm, dah bazir dua pages dah :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: