Gadis Rela Putus Tunang Sebab Bakal Ayah Mentua Marah Tak Pakai Baju Sopan Masa Berbuka
Difahamkan, gadis tersebut memakai pakaian pejabat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah posting yang memaparkan confession seorang lelaki
Difahamkan, lelaki tersebut meluahkan perasaan sedihnya kerana telah putus tunang dengan tunangnya.
"Awal puasa hari tu, family aku ada berbuka sama-sama dan aku ajak tunang aku. Tapi tunang aku sampai dulu, sebab aku habis kerja lambat" tulisnya.
Namun, ada perkara yang terjadi ketika tunangnya sampai di restoran untuk berbuka puasa.
Lelaki tersebut mengaku ayahnya pada hari itu agak pelik kerana emosinya lain daripada hari lain. Semua benda ayahnya nak complaint dan marah.
Ayahnya sampai berleter dekat tunangnya
Difahamkan, tunangnya merupakan satu-satu menantu perempuan di keluarga tersebut.
Ayahnya memberitahu yang tunangnya itu tiada adab depan khalayak orang ramai.
"Ayah aku cakap tak ada adab sebab tak reti pakai baju elok nak berbuka, padahal tunang aku tu baru balik kerja.
"Dia cakap pasal pakaian, pasal perangai suka balik malam keluar dengan aku" tulisnya.
Selepas itu, tunangnya bangun dan beredar daripada tempat itu. Dia siap tanggalkan cincin tunang dan letak cincin atas meja.
"Kalau tak ada benda baik nak ajar, jangan bercakap. Budak tu belum kahwin lagi tau, kalau 1 hari nanti, dia kena maki dengan bakal ayah mertua dia dekat public macam ni, ingat lah muka yang pakcik (dia sebut nama bapak aku) dah malukan ni.
"Tak payah bincang, saya sendiri putuskan pertunangan ini demi kebaikan bersama" tulisnya.
Ketika itu lelaki tersebut belum sampai, dan mendapat khabar daripada kakaknya. Setelah memujuk tunangnya berkali-kali, tunangnya tetap memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan mereka.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!