Lelaki Kongsi Masih Dendam Dengan Pembuli Walaupun Dah 30 Tahun - "Segar Dalam Ingatan"
Teruk kesan buli ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sesiapa yang membuli seharusnya diberikan hukuman dan tidak wajar diberikan peluang kedua
Kesan buli itu memang berat sehingga mangsa akan jadi trauma. Sebab itu, sesiapa yang terlibat dalam kes buli perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
Baru-baru ini, tular seorang individu yang berkongsi kisah traumanya kerana pernah dibuli oleh senior.
Dia merupakan mangsa buli semasa umur 9 tahun. Si pembuli itu tuang gam dekat baju dari belakang, melempang dan meludah kepada mangsa berkali-kali.
Sehingga kini pernah saja terserempak
"Dah besar, selalu terserempak. Darah auto mendidih. Aku boleh cacatkan dia anytime sekarang. Tapi masalahnya biasa terjumpa dekat tempat awam, dia dengan anak dia." tulisnya.
Mangsa juga menunggu kemaafan dari si pembuli sehingga kini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!