Individu Pertikaikan Kenapa Wanita Sekarang Tak Tercabar Dengan Perempuan Dulu Kena Kecam
Siap cakap perempuan dulu boleh je beranak 13 orang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di X yang memaparkan perdebatan antara netizen
Posting tersebut mempersoalkan wanita zaman sekarang dan wanita zaman dulu. Perkara itu membuatkan ramai mengecam tindakannya.
Dia bukan saja membezakan wanita dulu dan sekarang, malah dia dilihat memperlekehkan wanita zaman sekarang yang bagi pihaknya kelihatan lemah.
"Perempuan moden tak rasa tercabar ke dengan perempuan dulu-dulu yang beranak 13 orang?
"Perempuan moden anak baru dua dah menggelupur terjelir nak mati hampir depression.
"Bukan ke korang lebih hebat, empowered dan educated berbanding perempuan dulu-dulu?" tulisnya.
Salah seorang netizen tampil bersuara bagi pihak orang ramai
Dia berkata perbandingan itu sangat tidak matang disebabkan zaman dah berubah. Corak pemakanan, perubahan iklim dan ketahanan kita berubah dari zaman ke zaman.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!