Budak 4 Tahun Maut Jatuh Tingkat 16 Kuarters Hospital Masa Keluarga Sedang Tidur
Difahamkan, kejadian tersebut terjadi selepas budak itu memanjat sofa di rumah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang budak lelaki empat tahun dipercayai terjatuh dari tingkat 16 bangunan Blok B, Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh
Semasa kejadian tersebut terjadi, ibu bapa mangsa yang berusia 30-an sedang tidur dan tidak perasan mangsa memanjat tingkap di ruang tamu.
Kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis pada jam 4.28 petang. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata mangsa yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat
"Ibu mangsa yang bangun (dari tidur), mendapati anaknya sudah berada di bahagian luar tepi tingkap ruang tamu yang terbuka dan tidak sempat mendapatkan anaknya sebelum kanak-kanak itu terjatuh.
"Mangsa berusia empat tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang turut hadir di lokasi," katanya dalam kenyataan sumber.
Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk merekod keterangan ibu bapa mangsa.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!