seismik

Wanita Kongsi Pengalaman Dapat Layanan Berbeza Masa Nak Sponsor Barang Di Sekolah Rendah

Lain betul dengan SJK(C), mereka siap mengalu-alukan.

Cover image via US Pizza & PPD

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah posting yang menunjukkan keadaan sekitar salah sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

Seorang wanita muat naik gambar yang memperlihatkan papan besar di SJK(C) Chung Kwo Loke Yew. 

"Pergi concert tadika anak dekat SJK(C) Chung Kwo Loke Yew, luar dewan dia ada board macam ni bagitau berapa sumbangan diorang and from siapa, tengoklah paling banyak berapa" tulisnya. 

Image via X

Berikutan posting itu, salah seorang wanita berkongsi pengalamannya semasa ingin menaja produk ke dua buah sekolah iaitu SK dan SJKC

Dia pernah menghubungi dua sekolah kebangsaan untuk menaja pad dan deodorant kepada pelajar tingkatan empat dan lima. Lagi sebuah sekolah lagi, dia ingin menaja sunscreen free flow untuk hari sukan.

Sebagai pulangan, dia mengharapkan untuk dapat memberi ceramah berkaitan kebersihan badan dan jerawat remaja di sekolah.

Namun, usahanya ditolak oleh kedua-dua buah sekolah.

"In return, saya nak hand over produk tu dlm paperbag The Pastels Shop. Untuk form 4 form 5 saya nak bagi talk macam mana handle bau badan dan teen acne.

"Selepas berbelas surat rasmi dibuat (diaorg suruh amend itu ini)…ting tong sana sini…akhirnya ditolak!

“Maaf ya, ini sekolah tak boleh masuk campur marketing untuk perniagaan” “Nak sponsor boleh, tapi pihak Puan tak boleh masuk sekolah dan buang semua logo/ label syarikat yang ada”

"Imagine kalau mereka benarkan. Berapa ramai budak yang dapat benefit tapi entahlah polisi pelik sangat" tulisnya.

Tetapi, selang beberapa bulan, pihak sekolah e-mel untuk minta tajaan sempena Hari Guru. Perkara itu membuatkannya musykil. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via SJK(C) Tampoi

Wanita itu juga bertekad untuk hanya taja Sekolah Cina anaknya

"Sebab tu saya selalu sponsor sekolah cina anak je. Nama syarikat kita diumum dalam perhimpunan, ditampal kat hallway dan siap minta brochure untuk edar ke parents. “Kita sama-sama prosper ma…nanti sponspor lagi ya” kata pengetua sekolah.

Wanita itu juga berharap agar sekolah lain boleh ambil pengajaran 'business mindset' yang SJK(C) terapkan. Minta tajaan, marketing dan kolaborasi antara satu sama lain. 

Lihat posting itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: