Cara Kemas Kini Touch 'N Go Dalam Kad Pengenalan Anda Kalau Dah Expired
Anda boleh renew sehingga 3 tahun.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seperti umum ketahui, kad pengenalan kita boleh digunakan sebagai kad Touch 'n Go juga bukan?
Namun, tahukah anda ia ada tarikh luput tau. Sama dengan kad TNG yang biasa, ia mempunyai tempoh sah sehingga 10 tahun saja.
Kalau dah expired, macam mana nak perbaharui?
Menurut pemilik akaun IG @iambrosham, anda boleh perbaharui TNG MyKad di stesen LRT berdekatan.
Anda hanya perlu beritahu staf untuk panjangkan lagi tempoh sah kad anda kepada tiga tahun.
Jika anda ingin menggunakan kad tersebut lebih tiga tahun, anda kemungkinan perlu untuk menukar MyKad.
Macam mana nak semak kad dah expired?
Tarikh luput akan dipaparkan pada resit apabila anda mengisi semula kad.
Menurut MyRapid, 10-digit nombor siri TNG MyKad anda juga dipaparkan di situ.
Nombor siri ini penting untuk anda daftarkan kad dalam aplikasi TNG supaya mudah untuk semak baki dan tarikh luput.
Selain itu, anda juga boleh dapatkan nombor siri di mana-mana kiosk layan diri TNG. Tambahan lagi, anda juga boleh dapatkan nombor siri di kaunter bas RapidKL atau kereta api.
Jika anda tidak perlukan lagi TNG Mykad, anda boleh memohon bayaran balik baki yang ada
Klik sini untuk mohon bayaran balik.
Proses bayaran balik akan mengambil masa 14 hingga 30 hari dari tarikh permohonan.
Anda juga boleh hubungi [email protected] atau @MyTouchnGo di Facebook dan X.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!