seismik

10 Resepi Telur Senang & Sedap Untuk Masak Masa Sahur. Less Effort Tapi Kenyang!

Lepas ni dah boleh borong telur dekat kedai.

Cover image via Yammie , Metro Jambi , Resepi Citarasawan

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, kita akan masak dan makan makanan yang simple ketika sahur bukan?

Iyalah, pagi-pagi memang susah sikit nak telan nasi. Tapi disebabkan kita akan berpuasa sepanjang hari, kita perlukan protein untuk kekal bertenaga. 

Tak tahu nak masak apa yang simple untuk sahur? Jom tengok resepi dekat bawah!

1. Sambal hijau telur

Bahan-bahan :

- 15-20 biji cili padi hijau. Ada cili besar boleh campur, nak pedas boleh tambah
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji telur
- secubit garam
- gula sedikit sahaja jika suka

Cara penyediaan :

1. Tumbuk semua bawang merah, bawang putih dan cili sehingga lumat kasar. Tak perlu lumat sangat nanti tidak sedap.

2. Panaskan minyak dan tumis hingga sedikit garing. Boleh masukkan gula dan garam dengan secukup rasa.

3. Pecahkan telur. Masak sehingga telur masak ikut citarasa. Boleh pilih nak telur masak penuh atau kuningnya masih cair.

4. Jika nak berkuah, boleh tambal sedikit air. (Resipi asal tidak tambah air).

5. Bila semua rasa sudah sempurna dan telur sudah masak mengikut selera, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.

Kredit: Cheyah Saripuddin

2. Telur bistik

Image via nomadette

Bahan-bahan:

- 2 biji telur
- 1/2 dada ayam (dipotong dadu)
- 1/2 cawan sayur campur
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 1/4 biji bawang holland
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- Sedikit minyak
- Serbuk perasa
- Air secukupnya

Cara penyediaan:

1. Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan goreng bagi masak. Angkat dan biarkan.

2. Tumis bawang putih dan bawang holland, masukkan ayam. Bila dah nampak ayam hampir masak, masukkan segala sos yang ada.

3. Tambahkan sedikit air. Masukkan bahan perasa dan akhir sekali, masukkan sayur campur. Dah siap!

4. Curahkan atas telur tadi, sedia untuk dimakan.

3. Sambal telur cili api

Image via Nollyepin

Bahan-bahan:

- Telur rebus
- Cili api - ikut banyak dikehendaki
- 3 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 keping asam keping
- 1 biji bawang besar
- Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Telur rebus digoreng garing. Cili api, bawang merah dan bawang putih di kisar lumat. Goreng bahan yang di kisar lumat tadi sehingga naik minyak.

2. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

3, Seterusnya masukkan bawang besar dan masak sampai garing. Setelah itu gaul bersama telur rebus goreng tadi. Siapp!

Kredit: Nollyepin

4. Telur kicap

Image via Nazreen

Bahan-bahan:
- Telur
- Minyak
- Bawang
- Cili padi/ cili merah

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak

2. Goreng telur

3. Potong cili dan bawang

4. Masukkan kicap dan cili bawang yang telah dicincang.

5. Telur lemak cendawan

Image via Sri Sal

Bahan-bahan:
- 3 ulas bawang putih*
- 5 ulas bawang merah dipotong*
- 1-2 inci lengkuas dihiris*
- 1-2 inci kunyit hidup*
- 1 biji tomato dipotong 4
- 2 cili besar hijau*
- 1 cili besar merah* (atau cili padi jika nak tambah pedas)

Cara penyediaan:


1. Kisar bahan bertanda * hingga agak hampir lumat dan ketepikan.

2. Siapkan kuali dan hidupkan api.

3. Seterusnya, masukkan semua bahan * 1 yang telah dikisar di atas, bahan * 2 ke dalam kuali, kecuali telur dan cendawan.

4. Kacau campuran hingga kuah nampak menggelegak.

5. Masukan cendawan dan tomato. Teruskan kacau.

6. Rasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kecilkan api.

7. Kemudian pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah.

8. Biarkan kuah menggelegak perlahan ketika ini dan pastikan santan tidak pecah.

9. Kacau kuah di bahagian tepi dan elakkan telur menjadi pecah. Siramkan kuah ke atas telur supaya telur masak dengan keinginan anda.

10. Matikan api dan hidangkan 'Telur Lemak Cendawan' ini dengan nasi panas.

6. Kari telur

Image via Sri Sal

Bahan-bahan:
- 6 biji telur(rebus 10 min )
- Rempah daging babas 1 bungkus
- Bawang kecil 4 ulas
- Bawang putih 2 ulas
- Halia 1 inci
- Lada hitam 1 sudu kecil
- Jintan manis 1 sudu Kecil

(Semua bahan di atas tumbuk ya, dan masukkan dalam rempah)

- 2 biji ubi kentang
- Sebungkus kerisik
- Santan 1/2 cawan
- Seketul pati ayam 
- Sedikit garam
- 2 biji tomato
- Sedikit daun bawang

Cara penyediaan: 

1. Panaskan api

2. Tumis kan 3 sekawan dengan halia.

3. Masukkan rempah daging babas, yang dicampur sedikit air dan kerisik, Masak sehingga pecah minyak.

4. Kemudian, masukkan santan, telur dan ubi kentang. Masak sehingga lembut dan masukkan pati ayam.

5, Masukkan 2 biji tomato (belah 4) dan secubit garam. Tunggu mendidih dan siap!

7. Sambal telur rebus goreng

Bahan-bahan :

- 5 biji telur ayam (direbus dan digoreng)
- 1 cawan santan pekat / susu cair
- 1 labu bawang besar sederhana saiznya (dikisar)
- 2 biji bawang merah (dikisar)
- 2 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 sm halia (dikisar)
- 1 sm lengkuas (dkisar) - optional
- 1 senduk cili giling (-/+)
- 1 sudu besar puri tomato / sos tomato
- sedikit sos cili
- sedikit kicap
- sedikit sos tiram
- garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau.

2. Masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.

3. Kemudian masukkan sos tomato/puri tomato, sos cili, sos tiram, kicap, garam dan gula secukup rasa.

4. Masukkan santan dan sedikit air. Kacau sebati. Biarkan ia mendidih hingga pekat. Tutupkan api.

5. Masukkan telur dan gaulkan. Bolehlah dihidangkan bersama nasi.

8. Sup telur dan kentang

Image via Gedung Resepi

Bahan-bahan:

- 3 biji kentang, kupas, dan potong 8 setiap biji, rendam
- 30 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut, toskan
- 1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
- 4 - 5 biji telur
- 1 liter stok ayam @ 1 kiub pati ayam 
- Air secukupnya
 -5 biji bawang merah, hiris
- 2 ulas bawang putih, hiris
- Serbuk lada hitam secukupnya
- Garam secukup rasa
- Hirisan daun sup untuk hiasan
- Hirisan daun bawang untuk hiasan
- Bawang goreng, untuk hiasan

Cara penyediaan:
 
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan kentang (toskan) dan kacau rata. Masak sekejap, kemudian tuang stok ayam. Tambah sedikit lagi air jika perlu. Bila mendidih, perlahankan api.

2. Bila kentang 1/2 empuk. Pecahkan telur, satu persatu tapi pastikan, ianya tidak bertindih antara satu sama lain. Kecil kan api dan masak hingga telur mengeras. Kacau perlahan2. Tambag fucuk (toskan) dan jika perlu tuang sedikit air.

3. Masukkan soo hoon, tambah garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin

9. Sambal telur ikan bilis

Image via Sara

Bahan-bahan:
- 4 biji telur, digoreng mata kerbau
- 1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam sekejap dan toskan
- 1 pokok daun bawang, hiris halus
- Daun salad secukupnya untuk hiasan

Bahan sambal tumis:
- 2 senduk nasi cili kisar
- 1/2 cawan jus asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 biji bawang besar*
- 2 ulas bawang putih*
- 3/4 inci belacan*
- 1/2 inci halia*

(*ditumbuk halus)

Cara penyediaan:

UNTUK SAMBAL :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah jus asam jawa dan masak hingga pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.

UNTUK SAMBAL TELUR IKAN BILIS :- Susun daun salad dalam bekas sesuai, kemudian susun pula telur mata kerbau tadi. Ratakan sambal dan tabur dengan ikan bilis goreng dan hirisan daun bawang. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk-lauk lain

10. Telur air asam

Image via Mahfuzah Aidi

Bahan-bahan:

- Telur
- Bawang merah
- Cili
- Air asam jawa

Cara penyediaan:

1. Rebus telur dalam 5minit (buat separuh masak lagi sedap)

2. Hiris bawang dan lada cili

3.  Buat air asam jawa

4. Letak sikit gula n garam dan aji(kalau suka)

5. Pastu tuang atas telur rebus yg dah dibelah dua. Biarkan dalam 5-10minit supaya kuah tu serap dalam telur

Kredit : Mahfuzah Aidi 

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: