Tengah Cari Baju Raya? Ini 10 Koleksi Baju Raya Lokal 2024 Bawah RM200!
Harga mampu milik!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menjelang bulan Syawal, sudah pasti ramai yang sedang membuat persiapan raya
Langsir, perabot, pinggan mangkuk kenalah baru kan? Bukan setakat itu je, baju raya pun kena baru dan sedondon dengan keluarga. Barulah vibes!
Jom tengok baju raya tahun 2024 bawah RM200!
1. Inhanna Shop
Inhanna lancarkan koleksi terbaru iaitu koleksi Seri dan koleksi Cik yang merangkumi baju kurung dan kebaya dalam pelbagai fesyen dan warna. Memang banyak pilihan warna sampai rambang mata nak pilih. Yang paling penting, kainnya selesa dan sesuai untuk cuaca di Malaysia.
Kalau nak beli untuk satu keluarga pun boleh, lengkap dah sini!
Harga: RM124- RM194
Kurung Saloma daripada Rahsae memang cantik. Didatangkan dengan enam warna (Brick Orange, Classic Black, Dusty Blue, Dazzling Pink, Nude Brown dan Soft Green). Harga pun mampu milik. Memang sesuai kalau nak pakai pergi beraya!
Harga: RM189
3. Adiva Studio
Kalau anda penggemar baju kurung moden jenis kain batik viscose, ini dia! Boleh beli baju raya anda di Adiva Studio. Pelbagai design dan warna yang ada tau! Yang penting, kain tak panas.
Harga: RM191.20
4. Rayyan Haya'
Rayyan Haya' menawarkan pelbagai baju raya mengikut selera anda. Ada kebaya, kebarung, baju kurung, siap ada untuk anak-anak lagi. Semuanya memang elegan!
Harga: RM179 dan ke atas
Baju raya koleksi Elliza memang comel, semua warna sangat vibrant dan kena dengan tema raya tahun ni! Sekali beli memang dah tak akan menyesal sebab cantik dan selesa.
Harga: RM179 - RM199
Kalau tengah cari baju raya yang sedondon dengan anak perempuan, inilah tempatnya! Pelbagai corak dan design yang cantik. Harga juga tak terlalu mahal. Memang sesuai untuk dipakai masa raya nanti.
Harga: RM159 - RM199
Selain baju kurung untuk wanita, Asikin Ahmad juga menjual pakaian seperti kurta untuk kaum lelaki. Senang nak matching dengan suami!
Harga: RM119 - RM199
8. DE IMPIANA
Kalau anda suka baju jenis bercorak, boleh beli di De Impiana. Baju mereka semua comel-comel, ada pelbagai design juga!
Harga: RM96 - RM169
9. Edra Desire
Baju kebaya corak vibrant, siap boleh sedondon dengan anak-anak. Siapa saja yang tak nak kan? Baju raya 2024 yang cantik dan mampu milik! Kalau nak lagi murah, boleh beli di TikTok Shop. Tunggu apa lagi?
Harga: RM119 - RM199
Baju kurung ala dress yang diperbuat daripada kain chiffon dan lace. Kelihatan sangat elegan, bukan saja sesuai untuk pakai raya, malah sangat cantik juga bila pakai untuk dinner.
Harga: RM199
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!