KKM Tegur Jangan Guna Sarung Tangan Kuning Untuk Penyediaan Makanan. Bahaya!
Peringatan tersebut dikeluarkan setelah sebuah video di TikTok viral.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat peringatan kepada orang ramai tentang penggunaan sarung tangan getah
Peringatan itu dimuat naik melalui X, KKM mengatakan sarung tangan kuning hanya sesuai untuk kerja-kerja pembersihan dan tidak sepatutnya digunakan untuk penyediaan makanan.
"Sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran. Bagi mengelakkan pencemaran silang sarung tangan hendaklah dipakai untuk sekali guna sahaja." tulisnya.
Peringatan dikeluarkan berikutan sebuah video TikTok yang viral
Video berdurasi lima minit itu memaparkan seorang wanita sedang menyediakan resepi air asam Siam dengan menggunakan sarung tangan kuning.
Berikutan dengan kes itu, KKM juga menggesa pengendali makanan dan minuman di Malaysia untuk mengikuti kursus Keselamatan dan Kualiti Makanan yang disediakan.
"Pemain industri makanan yang telah mendapat sijil boleh memaparkan pensijilan ini pada produk mereka," kenyataan KKM.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!