[VIDEO] Wanita Kecewa Beli Nasi Kerabu Dapat Ayam Ada Ulat Sampah Bergerak. Loya Tekak!
Recycle ayam ke ni?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sesiapa saja akan suka pergi ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa
Iyalah, bukan saja banyak pilihan makanan. Malah, boleh menjimatkan masa dan tenaga. Tak perlulah susah-susah masak kan?
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita kecewa selepas membeli nasi kerabu di bazar ramadan Kuala Pilah.
Dia tak sangka nasi kerabu yang dimakannya itu ada ulat sampah. Rupa-rupanya ulat sampah berkenaan datang daripada lauk ayam.
Namun begitu, Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) menafikan juadah nasi kerabu berulat yang tular di media sosial berlaku di Bazar Ramadan Dataran Melang
Menurut sumber, hasil pemeriksaan bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mendapati masakan dijual adalah baru dan tiada kesan makanan lama yang digoreng semula.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!