Pengawal Keselamatan Hanya Makan Nasi Berlauk Bawang, Terpaksa Ikat Perut Demi Keluarga
Betul-betul ikat perut ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pekerjaan sebagai pengawal keselamatan ada kalanya dipandang rendah oleh segelintir masyarakat
Namun begitu, masih ramai lagi yang tidak kisah tentang status sesebuah pekerjaan itu asalkan ianya daripada sumber rezeki yang halal.
Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di Facebook memaparkan seorang lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sedang makan bekalan yang dibawanya.
Apa yang mengejutkan adalah makanan yang dibawa olehnya hanyalah nasi putih dengan kuah air kosong beserta lauk bawang mentah.
Image via Penang Kini (Facebook)
Ikat perut demi keluarga di kampung
Menerusi hantaran tersebut, pengawal keselamatan itu dikatakan berbuat demikian untuk menyimpan wang supaya dapat diberikan kepada keluarganya di kampung.
Lelaki itu juga dikatakan berbelanja sebulan tidak lebih RM100 untuk dirinya sahaja manakala lebihan gajinya itu terus diberikan kepada keluarga kerana sayangnya pada mereka.
Image via Penang Kini (Facebook)
"Bersyukur lah kita. Masih ada yang tak sama macam kita. Semoga dia dimurahkan rezeki" - Netizen
Susulan tularnya hantaran tersebut di Facebook, ia telah meraih sehingga 12K likes, 1.1K comments dan 482 shares.
Menerusi tinjauan pada bahagian komen, rata-rata reaksi diberikan netizen di Facebook mendoakan agar lelaki tersebut dimurahkan rezeki.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di Facebook:
Image via Penang Kini (Facebook)
Image via Penang Kini (Facebook)
Image via Penang Kini (Facebook)
Peringatan untuk kita juga supaya bersyukur dengan rezeki yang ada :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment