Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Pengorbanan Suami" - Isteri Hamil Mengidam Nak Makan Teratai Ini Buat Ramai Terkejut

Sanggup suami dia terbongkok ambilkan teratai.

Cover image via @eymahassary98 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Wanita yang hamil sudah tentu pernah mengidam makanan pelik-pelik yang susah untuk didapati bukan?

Terpaksalah si suami layankan kehendak dan kerenah isteri bila mengidam tu. Ada yang mengidam buah durian walaupun bukan musim durian dan macam-macam lagi sampai kadangkala yang tak pernah dengar menu makanan itu.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang wanita hamil mengidam makan teratai telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Mengidam nak makan teratai masa jalan-jalan

Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan suami isteri sedang bersiar-siar meluangkan masa di taman tasik. 

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila si isteri tiba-tiba mengidam nak makan teratai apabila nampak banyak teratai di situ. Tanpa segan silu, si suami dilihat mengutip teratai yang ada sehingga terbongkok-bongkok untuk isterinya setelah mendapat izin daripada pihak taman.

Si isteri sangat gembira lalu makan biji yang ada di dalam teratai itu. Terus hilang rasa mengidam tu! Ramai terkejut kerana baru tahu teratai boleh dimakan.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Aik kenapa aku baru tahu yang benda tu boleh makan" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 972K tontonan, 52K tanda suka dan 800 komen di TikTok, rata-rata netizen baru tahu bahawa teratai boleh makan. Malah, ramai juga yang memuji effort suaminya.

Selain itu, ada juga yang geli kerana mempunyai masalah trypophobia yang tidak boleh berdepan dengan benda berbintik-bintik. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @eymahassary98 (TikTok)

Image via @eymahassary98 (TikTok)

Image via @eymahassary98 (TikTok)

Siapa kat sini pernah makan teratai? Sedap ke, apa rasanya? :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment