Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pengurus Jenazah Dedah Ada Pemancing Sanggup Bayar Harga Tinggi Minta 'Tali Kain Kafan'

Pelbagai ragam dapat dilihat ketika golongan berkenaan mahu mendapatkan barangan tersebut.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Percaya atau tidak, tali pengikat kain kafan, sarung tangan, kapur barus, sabun dan pelbagai barangan kegunaan pengurusan jenazah menjadi buruan individu tidak bertanggungjawab

Ia kononnya diperlukan untuk digunakan dalam perubatan tradisional, pelaris dan juga kaki pancing.

Menerusi laporan Harian Metro, Pengerusi Persatuan Kebajikan Pengurusan Jenazah Warga Terengganu (PJWT), Wan Rosli Wan Mamat berkata, terdapat segelintir individu datang ke pusat pengurusan jenazah untuk mendapatkan barangan terbabit.

Dia yang bekerja sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam Pejabat Agama Daerah Marang memberitahu, golongan berkenaan memberi alasan mahu mendapatkan barangan itu untuk tujuan perubatan dan pelaris perniagaan.

Pengerusi PJWT, Wan Rosli Wan Mamat (kiri) bersama Pengasas PJWT, Che Mohd Ibrahim Che Ghani melihat barangan yang digunakan dalam pengurusan jenazah yang sering diminta individu bagi tujuan tertentu.

Image via Harian Metro

"Lebih mencuit hati, ada individu yang datang untuk mendapatkan tali pengikat kain kafan dan apabila ditanya tujuannya, mereka menjawab untuk digunakan pada joran memancing.

"Apa yang dilakukan itu jelas menunjukkan perbuatan khurafat kerana bergantung kepada sesuatu untuk mendapatkan sesuatu sedangkan sebagai seorang Muslim, kita sepatutnya memohon kepada Allah SWT," katanya.

Ada yang sanggup dapatkan dengan harga tinggi

Menurut Wan Rosli, dia melihat pelbagai ragam ketika ada golongan berkenaan mahu mendapatkan barangan berkenaan serta sanggup membayar dengan harga yang tinggi.

Malah, katanya ada yang sanggup membayar RM500 hingga RM600 hanya untuk tali pengikat kafan.

"Sepanjang 25 tahun menjadi pengurus jenazah, banyak kerenah yang saya hadapi tetapi saya tidak melayani permintaan itu yang disifatkan melampau selain bimbang disalahgunakan.

"Saya berharap permintaan 'pelik' seperti ini dapat dihentikan kerana ia berkait dengan akidah serta hukum hakam agama dan kebersihan," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Dalam pada itu, Pengasas PJWT Che Mohd Ibrahim Che Ghani berkata, persatuan itu sudah menguruskan kira-kira 2,300 jenazah selepas bergerak secara persatuan sejak empat tahun lalu.

"Kami tidak menetapkan harga bagi golongan berkemampuan yang menggunakan khidmat mandi jenazah, kafan dan perkhidmatan van sebaliknya menyerahkan kepada waris untuk memberi sumbangan seikhlas hati.

"Bagi asnaf, kami sediakan set kafan, mandi jenazah dan van secara percuma, manakala waris asnaf dan golongan berkemampuan hanya perlu membayar RM300 untuk kos keranda," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment