Pengurusan PETRONAS Twin Towers Mohon Maaf Isu Layanan 'Double Standard' Kepada Mat Salleh
Siapa tak marah kalau kena macam ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika kita pergi ke tempat tumpuan pelancong, sudah pasti ia akan dipenuhi dengan ramai pengunjung
Kadang kala ada yang menyebabkan orang ramai perlu beratur untuk masuk ke dalam tempat tersebut.
Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di Facebook memaparkan seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hati kerana gilirannya untuk ke Twin Towers Sky Bridge dipotong apabila staf di situ membenarkan orang lain yang masuk dahulu.
Menerusi hantaran perkongsian Shamsuddin Nawawi itu, dia bersama keluarganya dapat membeli tiket untuk ke tempat berkenaan pada pukul 4.00 petang.
Apa yang menimbulkan kemarahannya adalah sebuah pasangan 'mat saleh' diberi kebenaran untuk naik dahulu ke Sky Bridge sedangkan masa yang ditetapkan untuk pasangan itu adalah pada pukul 4.15 petang.
Image via Shamsuddin Nawawi (Facebook)
Image via Shamsuddin Nawawi (Facebook)
Pihak PETRONAS Twin Towers tampil beri permohonan maaf atas insiden tersebut
Susulan tularnya hantaran tersebut, PETRONAS Twin Towers menerusi laman Facebook membuat kenyataan memohon maaf.
Namun begitu, tidak jelas dalam kenyataan tersebut adakah permohonan maaf tersebut melibatkan insiden berkenaan ataupun tidak.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment