seismik

Uqasha Senrose Lagi Sekali Didakwa Terlibat Kes Buli - "Tuntut Di Padang Mahsyar Is Real"

Isu tersebut pernah tular tidak lama dahulu di Twitter.

Cover image via @wnhsevond & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nama Uqasha Senrose sekali lagi tular di X berkenaan isunya didakwa membuli bekas rakan sekolah

Menerusi ciapan @wnhsevond di aplikasi X, nama pelakon terkenal itu disebut berikutan isunya bersama seorang wanita yang didakwa telah dibuli oleh pelakon tersebut.

"Aku harap Uqasha happy la buat kawan aku macamtu, kali ni tuntut di padang mahsyar is real.

"Semoga Uqasha berbahagia di dunia, court case nak tuntut juta-juta tak dapat? Sebab Allah tu maha adil," tulisnya dalam thread tersebut.

Image via @wnhsevond (X)

Wanita yang didakwa dibuli pelakon tersebut sudah meninggal dunia dan selamat dikebumikan pada Rabu, 1 November 2023

Uqasha dilihat hadir memberi balasan pada ciapan berkenaan menerusi akaun X miliknya, @Uqashasen meminta untuk bersua dengan wanita yang membuat hantaran ciapan tersebut.

Wanita yang didakwa dibuli oleh pelakon itu, Atikah Zawani difahamkan telah meninggal dunia pada 31 Oktober 2023 di Hospital PPUM. Arwah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya sekitar jam 10.30 pagi semalam.

Image via @wnhsevond (X)
Image via @Uqashasen (X)
Image via X

Buat masa ini, Uqasha belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai tuduhan ini. Apa-apa pun semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan berharap kes ini dapat selesai dengan baik.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: