seismik

Angelina Jolie Akhirnya Tampil Bersuara Dedah Keganasan Zionis Terhadap Penduduk Di Gaza

Salah seorang nama besar yang bersuara tentang konflik ini.

Cover image via New York Times & @angelinajolie (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Angelina Jolie akhirnya tampil bersuara tentang pembunuhan besar-besaran yang berlaku di Gaza akibat keganasan dilakukan Zionis

Selebriti terkenal tersebut telah memberi kenyataan dan kesedaran terhadap apa yang berlaku di Gaza menerusi laman Instagramnya.

Dia telah menyatakan pengeboman yang dilakukan di Gaza adalah disengajakan di mana penduduk Gaza terperangkap dan tidak dapat keluar dari kawasan itu.

"Ini adalah pengeboman yang disengajakan terhadap penduduk yang terperangkap yang tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri.

"Gaza telah menjadi penjara terbuka selama hampir dua dekad dan kini menjadi kubur besar-besaran. 40% daripada mereka yang terbunuh adalah kanak-kanak yang tidak bersalah malah ada juga seluruh keluarga dibunuh," tulisnya.

Mengecam tindakan kuasa-kuasa besar yang tidak menghentikan keganasan tersebut

Tambahnya lagi, pihak-pihak mempunyai kuasa besar yang bertindak tidak menuntut gencatan senjata juga terlibat dengan jenayah ini.

"Ketika dunia memerhati dan dengan sokongan aktif banyak kerajaan, berjuta-juta orang awam Palestin - kanak-kanak, wanita, keluarga - sedang dihukum secara kolektif dan tidak berperikemanusiaan, semuanya sementara kekurangan makanan, ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan terhadap undang-undang antarabangsa.

"Dengan enggan menuntut gencatan senjata dan menyekat Majlis Keselamatan PBB daripada memihak antara salah satu daripada kedua-dua pihak, pemimpin juga dunia terlibat dalam jenayah ini," katanya menerusi kapsyen pada hantaran Instagram tersebut.

Fynn Jamal turut memuji tindakan selebriti Hollywood itu

Menerusi tinjauan di bahagian komen, ramai public figure dilihat menyokong kenyataan Angelina Jolie tersebut.

Salah satunya adalah Fynn Jamal yang berterima kasih kepada artis Hollywood itu kerana menggunakan pengaruhnya untuk memberi kesedaran kepada dunia terhadap apa yang berlaku di Palestin.

"Terima kasih. Kami telah menunggu awak untuk bersuara, Angie. Ketika semua orang tidak mengambil berat tentang pelarian, anda telah menjadi antara yang berani membangkitkan perkara mengenai orang yang terjejas akibat peperangan.

"Sejak saya masih kecil, karya anda telah mengukir laluan untuk ramai, memberi inspirasi kepada kami untuk membuat perubahan, tidak kira sekecil mana pun.

"Sekali lagi. terima kasih, kerana bersuara, hari ini," tulisnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: