Fazura Desak Angelina Jolie Untuk Bercakap Benar Soal Palestin, Tak Perlu Jadi Neutral!
Angelina menjadi antara selebriti Hollywood yang akhirnya bersuara mengenai krisis Israel-Palestin.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular di media sosial baru-baru ini, pelakon dan usahawan, Fazura memberi teguran sinis buat selebriti antarabangsa Angelina Jolie yang memilih jalan 'neutral' atau selamat berhubung konflik di Palestin
Menerusi ruangan komen di posting Angelina Jolie, aktres itu meninggalkan komennya kepada pelakon filem Eternals berkenaan.
Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin mendesak pelakon filem Maleficent itu agar tidak takut bercakap perkara yang benar tentang penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin.
“Tolonglah Angie (Angelina Jolie). Jangan takut untuk bercakap perkara yang benar.
“Anda tahu lebih berbanding apa yang anda tulis (kenyataan yang dimuat naik dalam media sosial,” tulis Fazura.
"Her statement look like she being neutral with injustice situation. She shouldn’t put as terrorist but instead this is GENOCIDE, APARTHEID for Gaza, Palestine citizens" - Netizen
Angelina menjadi antara selebriti Hollywood yang akhirnya bersuara mengenai krisis di Palestin.
Bagaimanapun, ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya yang sepertinya melindungi Zionis atau Israel sedangkan lebih daripada 8,000 rakyat Palestin telah terbunuh disebabkan kezaliman tentera negara tersebut.
Menjengah komen individu lain dalam hantaran dimuat naik Angelina atau nama sebenarnya, Angelina Jolie Voight, ramai yang mengutuk kenyatan berbaur neutral (memilih jalan selamat) yang diambilnya.
Selain bergelar pelakon, Angelina merupakan antara aktres yang terkenal dengan aktiviti kemanusiannya termasuk membantu pelarian-pelarian negara bergolak seluruh dunia.
Berikut antara komen menarik netizen di Instagram:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!