seismik

"CU X Super Ring Cheezy Corn" - Perkenalkan Gabungan Snek Popular Dari Korea & Malaysia

Kolaborasi istimewa ini tersedia dijual di CU Malaysia sehingga 23 Disember 2023.

Cover image via CU Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika anda penggemar drama Korea pasti anda sudah tidak asing lagi dengan kedai serbaneka CU bukan?

Terbaharu, CU Malaysia tampil perkenalkan satu kerjasama yang menarik yang berjanji untuk memuaskan selera makan anda seperti tidak pernah sebelum ini.

Dengan menggabungkan snek yang paling disukai oleh Rakyat Malaysia, iaitu cheezy CORN dengan snek ikonik Super Ring, "CU X Super Ring Cheezy Corn" akan mengubah cara kita menikmati snek ini.

Image via CU Malaysia

Dalam satu langkah berani dan inovatif, CU menggabungkan snek yang paling disayangi di Korea dengan snek yang paling digemari di Malaysia dan menjadikannya penciptaan yang memukau dan yang mendebarkan.

Ini adalah satu bukti komitmen CU dalam menyediakan produk berkualiti tertinggi sambil memberikan pengalaman yang unik dan dipilih khas untuk pelanggan kami. CU selama ini sentiasa bangga dalam memberikan pengalaman yang unik dan dipilih khas kepada pelanggan kami.

Kerjasama ini mencabar cara pengambilan snek dengan menggabungkan dua ikon dari dua negara berbeza menjadi satu snek yang menyatukan kenangan dengan inovasi. Namun, inovasi tidak berhenti pada gabungan rasa. Siri sosej jagung atau corn sausage CU ini telah menjalani peningkatan yang signifikan dalam kualiti. 

Sekarang dengan size yang lebih besar dan lebih sedap, snek ini pasti dapat memuaskan rasa semua lapisan masyarakat. Ia bukan sahaja sejenis snek; ia merupakan suatu kepuasan & kenikmatan rasa yang menunjukkan dedikasi CU terhadap kualiti yang dikenali oleh ramai.

Setiap pembelian "CU X Super Ring Cheezy Corn" dapat percuma kaw Super Ring edisi terhad seberat 14g

Image via CU Malaysia

Sebagai bonus tambahan, CU menawarkan kaw Super Ring edisi terhad seberat 14g secara percuma dengan setiap pembelian CU x Super Ring cheezy corn.

Serbuk rangup Super Ring yang ditingkatkan ini akan membawa pengalaman rasa anda ke tahap yang lebih tinggi yang hanya diperuntukkan untuk CU.

Super Ring CHEEZY CORN ini akan mengubah landskap pengambilan snek yang menawarkan pengembaraan rasa yang benar-benar serasi dengan rasa Malaysia. 

Ia adalah snek yang sempurna bagi sesiapa yang mencari snek yang baru dan memuaskan yang menggabungkan kenangan dengan inovasi. 

Kolaborasi istimewa ini berharga RM9.99 setiap satu dan tersedia dijual dari 27 Oktober sehingga 23 Disember 2023.

Kunjungilah ke outlet CU terdekat anda untuk merasai kelazatan gabungan ini hari ini!

Image via CU Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik